Skip to content

www.alumnismkgp.org

Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
{xtypo_alert}testinggggg{/xtypo_alert}
JA slide show
 
 
 
 
You are here: Home
Selamat Datang Ke Laman Komuniti Alumni SMKGP
Written by Web Master   
Saturday, 12 June 2004

Selamat Datang Ke Laman Web Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu.Sebuah laman komuniti yang telah diwujudkan untuk mengumpulkan kesemua bekas pelajar SMKGP dan sebagai wadah atau medium bagi para bekas pelajar SMKGP serta Warga SMKGP bertemu.

Laman Web  Komuniti yang menggunakan nama ALUMNISMKGP adalah platfom permulaan untuk semua pelajar berkumpul dan berbincang berkenaan aktitivit yang berkaitan bekas pelajar,guru dan kakitangan SMKGP. Laman web ini adalah langkah kecil sebelum kita semua mengorak langkah yang lebih besar iaitu Imagedengan mewujudkan Alumni SMKGP yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.Adalah diharap semua bekas pelajar,guru dan kakitangan sekolah yang pernah menjadi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu akan menjadikan laman web ini sebagai medium pertemuan dan menjalin semula hubungan yang sudah sekian lama semakin pudar.Marilah sama-sama kita warnai laman ini dengan pelbagai perbincangan, info dan aktiviti supaya suatu hari nanti cita cita kita semua untuk mengadakan pertemuan semula secara besar-besaran menjadi kenyataan.Kalaupun kita semua tidak mampu memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit cukuplah sekadar memberi buah fikiran dan sumbangan tenaga bagi membantu bekas sekolah kita yang telah banyak memberi jasa dan mencorakkan kehidupan kita sekarang.Akhir kata.Mendaftarlah segera sebagai ahli ALUMNISMKGP kerana maklumat diri anda sebagai ahli amatlah penting buat kami untuk mewujudkan ALUMNI SMKGP yang berdaftar secara sah. Renung-renungkan kata-kata yang sering diutarakan oleh Saudara Aziz Desa di TV3 suatu ketika dahulu

"Yang Jauh Kita Dekatkan.Yang Dekat Kita Mesrakan.Yang Mesra Kita Serasi Serasikan".

Last Updated ( Sunday, 24 February 2008 )
Read more...
 
Kemana Halatuju Alumni SMKGP
Written by webmaster   
Monday, 09 August 2004
Banyak orang yang bertanya kepadaku apa dah jadi kepada Alumni.Apa aktiviti Alumni.Kenapa Alumni macam tak hidup serta pelbagai soalan lain lagi berkaitan alumni.Ada juga tanpa segan silu berkata,"ala masa aritu bukan main gah lagi buat aktiviti.Last last hangat hangat taik ayam." Tak kurang juga yang post kat shoutout dengan kata kata seperti, ala bosan la laman web ni apa pun tak dak.Rasanya saya dan saudara Jack pun dah rasa letih nak menangani soalan soalan macamtu.Apapun saya respect saudara Jack yang bersusah payah mencari penyelesaian berkenaan kesukaran login ke laman ini. Didalam kesibukan beliau bekerja dia masih meluangkan masanya mentadbir laman web ini.Untuk pengetahuan semua, sekiranya dia mengenakan caj, bayaran paling minimum untuk menyelenggarakan web seperti ini ialah lebih dari RM300.
Last Updated ( Monday, 09 June 2008 )
Read more...
 
Sila Baca Sebelum Mendaftar
Written by webmaster   
Monday, 09 August 2004
Terima kasih kerana sudi melawat Laman Web Alumnismkgp ini.Terima kasih juga kerana sanggup meluangkan beberapa minit masa berharga Tuan/Puan untuk mendaftar dan menjadi ahli Alumnismkgp.Untuk maklumat,pihak kami sedang berusaha untuk mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar dan mendaftarkan ALUMNISMKGP sebagai satu pertubuhan yang sah.Proses ini memerlukan kami mendapatkan maklumat lengkap tentang diri Tuan/Puan untuk diserahkan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS).Oleh itu kami berharap agar pihak Tuan/Puan mendaftar nama penuh Tuan/Puan pada ruangan Name.Tetapi bagi ruangan User Name bolehlah Tuan/Puan meletakkan nama samaran pilihan Tuan/Puan.
Last Updated ( Thursday, 03 April 2008 )
Read more...
 
 

Polls

Apa pandangan anda mengenai web ini?
 

Shout Box

Latest Message: 5 days, 15 hours ago
  • nur : :D
  • wau.alif.ha : lame x masuk...
  • wau.alif.ha : salam alaik...
  • Papaiesz : ..weiii
  • thebarista : heheheh tak sengaja...sorry morry
  • gast_9987 : cam na nak sign out nie
  • gast_9987 : camna nak dign out nie
  • JackSharing : nak taip karangan pi taip dalam forum nuu :p
  • thebarista : dari warga yg semangat ber'alumni..
  • thebarista : pesanan hikmat masyarakat

Smilies?

Login

Online Users

Statistics

Members: 68
News: 14
Web Links: 5

Syndicate