Skip to content

www.alumnismkgp.org

Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
{xtypo_alert}testinggggg{/xtypo_alert}
JA slide show
 
 
 
 
You are here: Home
Selamat Datang Ke Laman Komuniti Alumni SMKGP
Written by Web Master   
Saturday, 12 June 2004

Selamat Datang Ke Laman Web Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu.Sebuah laman komuniti yang telah diwujudkan untuk mengumpulkan kesemua bekas pelajar SMKGP dan sebagai wadah atau medium bagi para bekas pelajar SMKGP serta Warga SMKGP bertemu.

Laman Web  Komuniti yang menggunakan nama ALUMNISMKGP adalah platfom permulaan untuk semua pelajar berkumpul dan berbincang berkenaan aktitivit yang berkaitan bekas pelajar,guru dan kakitangan SMKGP. Laman web ini adalah langkah kecil sebelum kita semua mengorak langkah yang lebih besar iaitu Imagedengan mewujudkan Alumni SMKGP yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.Adalah diharap semua bekas pelajar,guru dan kakitangan sekolah yang pernah menjadi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu akan menjadikan laman web ini sebagai medium pertemuan dan menjalin semula hubungan yang sudah sekian lama semakin pudar.Marilah sama-sama kita warnai laman ini dengan pelbagai perbincangan, info dan aktiviti supaya suatu hari nanti cita cita kita semua untuk mengadakan pertemuan semula secara besar-besaran menjadi kenyataan.Kalaupun kita semua tidak mampu memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit cukuplah sekadar memberi buah fikiran dan sumbangan tenaga bagi membantu bekas sekolah kita yang telah banyak memberi jasa dan mencorakkan kehidupan kita sekarang.Akhir kata.Mendaftarlah segera sebagai ahli ALUMNISMKGP kerana maklumat diri anda sebagai ahli amatlah penting buat kami untuk mewujudkan ALUMNI SMKGP yang berdaftar secara sah. Renung-renungkan kata-kata yang sering diutarakan oleh Saudara Aziz Desa di TV3 suatu ketika dahulu

"Yang Jauh Kita Dekatkan.Yang Dekat Kita Mesrakan.Yang Mesra Kita Serasi Serasikan".

Last Updated ( Friday, 11 July 2008 )
 
Selamat Hari Raya
Written by Mohd.Azri Alias   
Monday, 12 April 2004

Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua warga SMKGP. Sesungguhnya masa berlalu dengan begitu pantas. ImageSedar tak sedar hari raya datang lagi.Namun begitu Hari raya kali ini disulami dengan berita sedih pemergian beberapa orang rakan kita yang terlebih dahulu menyambut panggilan Ilahi.Bagi kami sesi SPM 2000 pemergian Allahyarham Raimy begitu mengejutkan. Lebih sayu lagi bila pihak kami diberitahu Allahyarham meninggal seminggu selepas bayi sulungnya di lahirkan.Tambah memilukan isterinya adalah bekas pelajar SMKGP dah juga rakan sekelasnya satu ketika dahulu

Dalam situasi ini alangkah baiknya jika SMKGP mempunyai satu ALUMNI yang kuat.Sudah tentunya kita semua dapat memberi sokongan bukan saja dari segi meterial tetapi juga yang lebih penting sokongan moral.Tapi sayang semua itu nampaknya begitu jauh dari mencapai sasarannya.Kalau tahun lalu kedatangan pada hari raya ke2 di SMKGP amat memberangsangkan tetapi kali ini jumlahnya semakin mengecil.Apapun ada muka muka baru yang datang pada kali ini dan yang penting kemesraan itu masih terjalin seolah-olah baru kelmarin meninggalkan SMKGP.Banyak perkara berubah,rupa paras dan gaya juga banyak yang berubah.Ada yang hampir-hampir tak dikenali oleh rakan-rakan lama.

Perjumpaan kali ini juga banyak menemukan saya dengan beberapa bekas pelajar yang berkahwin dengan rakan sekelas semasa di SMKGP dahulu.Bagi saya itu adalah tanda cinta suci yang di meterai dengan suatu ikatan kudus mengikut sunnahtullah.Ada juga yang sudah mempunyai anak yang sudah besar.Buat yang belum kahwin soalan cepu emas akan ditanya oleh rakan rakan yang telah berkawin.Ada yang tersenyum dan ada yang senyum sumbing.Paling menarik ada yang dahulunya bercakap pekat pelat Pulau Pinang kini pekat pelat Kuala Lumpur siap dengan slanga Inggeris lagi.

 

Last Updated ( Wednesday, 08 October 2008 )
Read more...
 
Kerana Cinta Alumni SMKGP Menderita
Written by webmaster   
Wednesday, 07 July 2004
Kerana cinta.Rasanya itulah puncanya Jawatankuasa sementara ini berantakan.Saya sebagai orang tengah sering dihujani dengan jawapan seperti "arhh,saya
Image
[ Gambar sekadar hiasan sahaja ]
tak boleh datang kalau Si Dia  ada." atau."maaflah aku tak boleh hadir kalau dia ada.Sebab dia la aku menderita."Ada juga yang akan bertanya kepada saya. "Abang saya nak join Alumni, tapi kalau si Polan tu ada saya tak nak." Bila di tanya kenapa jawapannya mudah."Em,saya dulu sayang sangat kat dia.Tapi sekarang ni nak tengok muka pun saya dah tak sanggup." Begitulah dasyatnya cinta.Penangannya bukan sahaja mengusik jiwa, tapi juga membantutkan suatu usaha.

Aku buntu bila memikirkan masalah ini.Tanpa disedari, wujud Cinta Tiga Segi, bahkan 4 dan 5 segi pun ada diantara jawatankuasa sementara Alumni.Perkara ini menyebabkan banyak aktiviti terhalang akibat kekangan perasaan dan kenangan yang begitu mengguris rasa.Saya tak salah mereka kalau mereka mengelak untuk bertemu.Memang pedih untuk kita hadapi seseorang yang pernah bertakhta di hati tapi kini menjadi belati tajam yang menusuk pula hati tersebut.

Kesilapan menafsir perasaan adalah punca berlakunya semua ini.Semuanya bermula daripada rasa simpati, ingin membantu kemudiannya hati dibuai dengan pelbagai perasaan yang enak dan mulus yang akhirnya membangkitkan cinta.Apabila Cinta diluahkan, dan cinta tak berbalas maka, timbul konflik yang pelbagai dan rencam.Tapi ada juga dikalangan mereka ini yang sama-sama cinta tetapi akibat terlalu mementingkan diri, cinta berkubur di tengan jalan
Last Updated ( Saturday, 12 July 2008 )
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 6
 

Polls

Apa pandangan anda mengenai web ini?
 

Shout Box

Latest Message: 6 days, 19 hours ago
  • prince_nmbh : its time to get active!!!
  • prince_nmbh : come on guys
  • prince_nmbh : asyik menyepi ja suma org
  • prince_nmbh : ello
  • guest008 : yala.Janji ada nama mahfuzah.hahaha.baru meriah dalam ni
  • dazyn : sini senyap sunyi sbb the main mode tgh syik berchinta...hehe..jgn marah Jack
  • prince_nmbh : ello...
  • Papaiesz : ....ermmmm....
  • gast_9669 : Sesunyi kotaraya, ditinggalkan sang perantau...
  • driversearc : kepada sesapa yang tak leh masuk tu cuba login sekali lagi.Pasai pa jadi camni sebab anda tak activate link anda jadi anda di blok

Smilies?

Login

Online Users

User Menu

My Profile
User List

Statistics

Members: 81
News: 16
Web Links: 5

Syndicate